Uber Ride
Beberapa hari ini aku memang agak sibuk ke sana sini.
Sebagai orang yang tidak dinasihatkan memandu sendiri atas alasan ada masalah dengan saraf, kenderaan awam satu-satunya pilihan yang aku ada.
Stesen LRT terdekat dengan tempat tinggal aku sekarang adalah Stesen Glenmarie atau Stesen Subang Jaya tapi aku lebih selesa di Subang Jaya terutama pada waktu malam.
Menggunakan apps Uber memudahkan urusan. Dan perjalanan yang lebih selesa berbanding teksi.
Semalam aku dapat driver perempuan. We were chatting dalam perjalanan dan tiba-tiba terkeluar soalan apa tujuan aku ke Subang Jaya.
Aku pun menerangkan yang aku ada event di Nu Sentral bersama penulis Perang Melawan Mitos.
Dan perbualan berlanjtan tentang dunia penulisan dan perancangan aku.
Apabila ditanya apa yang sedang aku usahakan, aku menerangkan yang aku menulis tentang liku hidup menjadi pesakit HIV kerana aku adalah pesakit HIV sendiri.
To my suprise, pengakuan berani mati itu mewujudkan perbualan yang lebih dalam. Rasa ingin tahunya tentang penyakit yang aku hidap seolah-olah meluap. Soalan demi soalan diajukan dan aku menjawab mengikut pengetahuan yang sedikit yang aku ada.
Di hujung perjalanan, pemandu ini mengambil no telefon aku untuk mengetahui lebih lagi tentang HIV dan AIDS. menurutnya juga, persepsinya tentang pesakit HIV berubah sama sekali apabila mengenali aku. Selama ini pesakit HIV dan AIDS digambarkan sebagai seorang yang tidak berkeupayaan berbuat apa, kurus, pucat, kulit berkudis dan bermacam imej buruk. Sebelum meninggalakn keretanya, aku sempat berseloroh dengan mengatakan lepas ni jangan buang pulak seat saya duduk ni. Takkan berjangkit penyakit saya kalau cuma duduk. Kata-kata itu disambut dengan suara ketawa kami berdua.
Itulah juga soalan aku pada masa aku mula didiagnos 3 tahun lalu. Bukan kematian yang aku fikirkan.
Hari ini aku sekali lagi menggunakan khidmat Uber bagi perjalananku ke Subang Parade untuk bertemu sahabat lama di UiTM.
Being courteous, pemandu ini juga bertanyakan soalan yang hampir sama.
Sekali lagi bila aku menerangkan apa yang sedang aku lakukan dan status kesihatan aku telah menimbulkan minat untuk mengetahui lebih tentang HIV dan AIDS.
Kami bertukar bicara tentang topik ini menjadikan perjalanan terasa sangat sekejap. Di akhir pertemuan, pemandu ini juga meminta no telefon untuk dihubungi jika dia memerlukan jawapan pada persoalan tentang HIV.
Aku nak throwback pada sessi pertemuan aku dengan anak saudara aku di Alamanda Putrajaya tahun lalu. Dia datang bersama sekumpulan teman-teman kampusnya. Dan out of nowhere, dia dengan nada suara yang tidak bersalah memberitahu yang aku adalah pesakit HIV pada teman-temannya.
Guess what? Selepas itu dari sessi lepak santai menjadi sessi Q&A tentang HIV. As they are all in high risk group, aku sangat selesa bercerita dan berkongsi pengetahuan aku bersama mereka.
Stigma? Sebenarnya seperti yang selalu aku canagkan sudah berkurangan terutama dari golongan muda. Aku percaya jika pesakit membuang stigma yang ada pada diri, in shaa Allah masyarakat akan lebih menerima.
Hadirkan diri anda bersama dengan masyarakat dengan keyakinan dan sedikit ilmu supaya anda menjadi agen pendidik bergerak kesedaran HIV dan AIDS.
Dalam nukilan kali ini aku nak merakamkan ucapan jutaan terima kasih pada Bel Nawhen atas whatsapp pemberi semangat pada aku petang tadi. In shaa Allah pesanannya akan aku ingati. Dan aku akan berusaha untuk menjadikan tahun 2018 sebagai tahun yang cemerlang buat aku dalam mendidik masyarakat dengan cara dan pendekatan aku sendiri.
~sekian~
'As they are all in high risk group"
ReplyDeletemaksud saudara mereka terlibat dengan vaginal/anal intercourse?