assalamu'alaikum viewers.
sebelum aku mula merepek atas screen yg putih suci ni, aku nak ucapkan Salam Ramadhan buat semua. semoga puasa kita tahun ini adalah yg terbaik utk kita dan doakan yg ita akan bertemu dengannya lagi tahun depan.
ok...balik pada tajuk yg tercoret tu.
aku yang sekarang.......aku fikir aku nak citer sejarah hidup aku dulu tapi aku rs itu semua dah tak penting (utk aku mgkn) tapi yg penting siapa aku sekarang.
sekadar berkongsi, aku skng tgl di sebuah rumah perlindungan bagi pesakit HIV yg dipinggirkan masyarakat. apapun, aku tidaklah tergolong dalam golongan yg terpinggir tu sbb keluarga dan sahabat2 aku di luar sana menerima aku seadanya walaupun aku ada HIV. mereka byk motivate dan beri sokongan moral pada aku. aku bersyukur pada Allah sbb aku punya golongan sahabat yg sgt memahami dan terbuka dlm menerima keadaan aku tak kira sihat atau sakit spt skng. mereka bukan hanya sahabat tatkala aku ketawa tapi mereka selalu ada di kala aku memerlukan bahu utk ditumpang...sgt berkesan kata2 hikmah dr sahabat aku yg dh lama aku lost contact dgn dia. dia pernah pesan kat aku..."to have a good fren u have to be a good fren to them 1st"". aku pegang nasihat beliau smp skng.
ok....kehidupan aku di rumah perlindungan ini tak seperti yg digambarkan dlm blog yg membawa aku ke sini. konsep rumah perlindungan ini adalah utk memberi didikan agama kepada golongan pesakit HIV yg hanyut dengan dunia yg sementara ni. dikhabarkan byk program yg mereka jalankan utk m embantu golongan kami ni.
jejak je kaki kat sini aku dpt rasakan kehadiran aku tidak dialu2kan oleh seniors kat sini. pantang tersilap sikit je, confirm aku kena maki. mgkn cara aku dibesarkan sgt berbeza dgn mereka. dan kehidupan aku sblm aku tahu aku ada HIV ni pun sgt berbeza dgn mereka jadi mereka merasakan aku bkn salah seorang dari mereka. aku mula ikut program keagamaan yg dijalankan di sini.
program bermula seawal subuh utk aktiviti solat subuh berjemaah. kemudian spttnya ada program berzikir dan berwirid sehingga jam 0730 hrs. bermula jam 0730 hrs kami perlu berjemaah membaca Surah Yaassin dan Asma Ul Husna. jam 0815 hrs akan ada sessi tazkiran oleh pengurus rumah perlindungan ini. kemudian setiap selasa dan khamis akan ada kelas fardhu ain, fiqh dan sirah Islam oleh UStaz yg dilantik MAIS. mula jam 1000 hrs smp jam 1200hrs.
aktiviti bebas utk bersiap solat Zuhur dan makan tengahari. bermula jam 1430 hrs - 1630hrs adalah ms senggang utk tidur dan bt aktiviti sendiri. 1630 hrs - 1800 kelas Iqra' dan minum petang. kemudian aktiviti bebas lagi utk bersiap solat maghrib. bermula jam 1900 hrs - 2100 hrs adalah program solat maghrib, lantunan Ratib Haddad, solat isya' dan bacaan surah Al Mulk. siapa yg nak dinner awal boleh dinner lepas Ratib Haddad atau pun lps selesai program jam 2100 hrs. kemudian cder apa dah.
pada mulanya mmg mcm best tapi bila dah masuk 7 bulan di sini aku jadi bosan sbb aku rasa hidup aku mcm robot. takda aktiviti tambahan atau pun aktiviti luar. setiap hari itulah je lah aktiviti yg perlu aku hadap. skng kelas fardhu ain tu dah takda jadi lepas tazkirah (pada pandangan aku tu bkn sessi tazkirah tapi lebih pada sessi lepas geram oleh pengurus pada org2 yg beliau tak suka). so skng lps time tu most of us here akan tidur smp zuhur. kelas Iqra' pun kejap ada kejap takda.
cuma aku sedikit relaks skng sb bulan Ramadhan ni kami bebas utk sola sunat tarawikh di luar bgnan kami ni, jadi aku pun amik kesempatan ni utk solat di surau kampung yg jarak cuma dlm 10min jalan kaki dr kawasan kami. aku byk dgr cerita dr senior yg kata penduduk kampung tak suka pada kami sb kami ada HIV. sng citer stigma pada HIV patient sgt kuat di sini. tp lepas 12 malam bersolat bersama org kampung aku lihat takda stigma tu pada mereka. aku jujur beritahu yg aku dr rumah perlindungan dan mereka menerima kehadiran aku sama mcm org lain. malah skng bila aku mula membantu mengemas lepas moreh mereka langsung tak keberatan. aku igt ada seorang abg tu beritahu aku yg diaorg tak menyisihkan kitaorg tapi kitaorg yg menyisihkan diri kami dr masyrakat kampung. aku tak mau komen pasal tu sbb tu tugas pengurus utk bt program dengan org2 kampung dan libatkan penghuni dlm aktiviti yg ada di sekitar kampung. aku cuma menumpang je kat sini.
skng hati aku meronta2 utk keluar dr rumah perlindungan ini. bukan apa. aku tahu aku bukan manusia baik sb tu aku dpt HIV tapi apa yg aku tgk segala bnd yg tak baik yg terjadi di dunia luar pada kawasan ini berlaku juga dalam kawasan ini malah pd mata aku keadaannya lbh buruk dr dunia luar. dadah, hubungan sejenis seolah2 diterima baik di sini. skng ni ada 2 gay couple kat sini yg sgt bebas bercinta tanpa halangan.
maaf cakap ye aku dtg sini utk aku perbaiki diri bukan aku aku hadap kejahilan aku kat luar sana. tp kalau apa yg ada kat luar ada juga dan yg paling teruk diterima baik di sini lbh baik aku duduk di dunia nyata. in shaa Allah dlm proses aku memperbaiki diri ni aku dpt bina lebih kekuatan utk tahan diri aku dr kembali jadi mcm dulu dgn hidup di dunia luar sbb aku ada org yg akan tegur khilaf aku di luar sana. tapi tidak di sini.
dan sikap pengurus juga sgt tidak bagus utk sebuah rumah perlindungan begini. favoritism sgt kuat kat sini. mana2 penghuni yg pandai bodek pengurus akan dpt "pelepasan" dr apa2 peraturan yg ada di sini. ada lg beberapa perkara yg berlaku yg aku rs tak appropriate utk aku coretkan kat sini. cuma dlm berkhidmat dlm bidang kemanusiaan mcm ni, kalau kita tiada jiwa mmg kita tak mampu mengubah apa2.
aku skng dlm proses utk uruskan duit EPF aku supaya aku leh keluarkan utk aku jadikan modal aku mulakan kembali hidup aku. kehidupan indah yg pernah aku kecapi dulu bersama sahabat2 aku dan keluarga aku. aku harap viewers dpt doakan agar urusan aku dipermudahkan.
alhamdulillah dari segi rohani sejak aku tgl kat sini aku sgt susah nak tgl solat fardhu. solat sunat pun aku dh mula buat. zikir jadi sebutan di hati. cuma aku msh belaja solat malam jer skng. bila aku dh mahir bacaan solat malam aku akan mulakan pulak lakukan solat malam selagi aku mampu. mengaji juga aku dah makin lancar lepas bertahun2 aku tglkan kalimah suci Allah itu.
dari segi keduaniaan plak aku akan start my own small time business. sekadar utk tampung perbelanjaan aku seharian sblm aku tutup mata smp bila2. in shaa Allah kalau diizinkan juga selesai urusan EPF tu aku akan ke Tanah Suci utk bt umrah.aku nak sucikan jiwa aku dr segala khilaf dan jahil aku selama ni.
sedikit pesanan utk "kawan2" di rumah perlindungan ni.
sedalah wahai teman yg Allah dah beri kifarah yg cukup besar pada kita dgn dpt HIV ni. cukup2lah dgn segala apa kejahilan yg korang dh buat dulu. biarpun susah tapi tetapkanlah hati utk terus berada di jalanNya. tglkanlah segala kejahilan kita dulu. takkan tak puas2 lagi. kita tak tahu bila masa kita smp jgn nt ms kita msh dgn kejahilan kita tu Dia amik kita sudah.
maaf kalau ada yg terassa dgn coretan aku kali ni. aku bukan org baik dan berlagak baik. cuma aku sdg berusaha utk menjadi lebih baik. aku akan pegang ckp pengurus rumah perlindungan ini pada aku ms peringkat awal aku kat sini. "kau jahat sb tu kau dpt HIV!". Ustaz, kata2 tu sy amik sbg penguat semangat sy utk menjadi lebih baik. dan jika diizinkanNya sy akan jd lebih baik dr Ustaz. Ustaz tahu apa yg Ustaz buat kat rumah perlindungan tu. tak perlu sy buka aib Ustaz akan segala apa yg Ustaz buat tu. biarlah Allah yg menghukum. sy cuma hamba yg juga akan dihukumNya bila tiba Hari Pengadilan kelak.
aku rasa cukup utk masa ni. bukan taknak selalu update cuma ada kekangan utk aku gunakan kemudahan pc kat sini. in shaa Allah bila aku dh dpt mulakan balik kehidupan kat dunia luar aku akan lebih aktif update blog ni.
selamat berbuka puasa buat semua.
Sunday, June 28, 2015
Wednesday, June 10, 2015
Aku Sekarang - Permulaan Pengkisahan Seorang Pesakit HIV/AIDS
assalamu'alaikum wbt
agak lama aku ambil masa utk aku update blog ni.
terlalu byk kekangan terutama sekali dlm penggunaan komputer di mana tempat aku tgl sekarang.
ada juga kekangan halangan dari sahabat2 yg tak mahu aku teruskan usaha aku menulis blog ini kerana menurut meraka akan buka aib diri aku sendiri.
juga kekangan tentang apa yg aku tulis ni mungkin akan buatkan beberapa pihak yg terguris dgn setiap baris tulisan aku di sini.
aku gagahkan juga jari aku utk aku menulis,
bukan kerana aku tak menghormati kekangan yg muncul tetapi hanya ii cara aku dapat melepaskan rasa berat yg aku tanggung sekarang.
sebagai permulaan, aku kenalkan diri aku sebagai Z sahaja. bukan apa..aku dah tak malu utk tidak menggunakan identiti aku cuma aku sgt menghormati pandangan sahabat2 yg tak mahu aku lebih tertekan sekiranya aku kehilangan beberapa kawan dgn status aku sbg pesakit HIV skng ni.
aku berumur 36 tahun dan datang dari keluarga yg sgt complicated ceritanya. aku merupakan anak ke 3 hasil dr hubungan suci ayah dan ibuku. tetapi aku merupakan anak ke6 ibuku yg pernah berkahwih sblm bertemu jodoh dgn ayahku, aku juga merupakan anak ke3 dan lelaki tunggal dr nasab keturunan yahku yg kini dah berkahwin lain dan punya 3 anak gadis bersama isteri barunya. so sng citer....aku ada 9 org adik beradik. 3 dari perkahwinan ibu sblm ini. 3 dr seibu dan sebapa dan juga lagi 3 dr sebapa dan lain ibu,
aku tak mahu citer lanjut pasal tu sb itu akan aku sentuh dlm nex posting aku.
itu semua sejarah yg cuma utk aku kenang tapi bkn utk aku sesali.
balik pada masa sekarang.
aku skrg tinggal di sebuah rumah perlindungan (shelter home) utk pesakit HIV/AIDS.
aku tidak dipaksa atau dihantar ke sini oleh sesiapa sebaliknya aku sendiri yg menghantar diriku ke sini.
aku dapat tahu tentang tempat ini dari sebuah blog.
kenapa aku yg menghantar diriku ke sini?
alasanku mudah.
aku nak perbaiki diri dgn mendekatkan diriku denganNya.
nama rumah perlindungan ini adalah Rumah Perlindungan HIV Muslim Yayasan Al Ijabah yg berlokasi di Kg. Tengah, Puchong, Selangor. diasaskan oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin ( ttp://www.ustazamin.com/) .
sejarahnya agak panjang dan berliku dan itu akan aku ceritakan kemudian juga.
aku daftar masuk ke sini tanggal 5 Disember 2014 selepas berhubung dgn Ustaz Azmi yg merupakan pengurus di sini.

inilah dia bangunan tempat tglku sekarang.
rumah perlindungan ini dibiayai oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui dana zakat yang ada. juga dgn pembiayaan sendiri pengasas rumah ini juga sumbangan orang ramai.
pada awalnya aku sgt kekok tgl di sini sbb aku mmg tak pernah tgl di asrama sblm ni. masa belaja di Univ dulu pun asrama aku merupakan rumah flat yg ada 3 bilik.
mmg sgt susah aku menyesuaikan diri di sini pada awalnya dgn keadaan kesihatan yg buruk semasa itu. aku dimasukkan ke ward Hosp. Putrajaya selama 35 hari (akan aku ceritakan kemudian juga...maaf yerk!)
dlm kesukaran tu aku cuba positifkan diri yg ini adalah yg terbaik utk aku. aku perlu hijrah. aku perlu dekatkan diri dgn Ya Rabb. kembali kepadaNya selepas semua khilaf aku selama ini
kebykkan penghuni di sini adalah dr golongan penagih dadah. sgt sedikit yg dpt HIV ni dr aktiviti seksual (macam aku...hehehehehehe)
tekanan demi tekanan aku terima bermula dr penerimaan penghuni lain pada aku hinggalah pada pengurusan yg sgt tidak menyukai kehadiran aku di sini smp la kepada kehidupan aku di sini.
dan detik ini...saat ini.....aku mmg dlm keadaan depression yg amat sgt.
"aku ada kehidupan yg indah di luar sana.
aku ada sahabat2 yg menerim keadaanku aeadanya tanpa diskriminasi dan stigma.
aku ada keluarga yg menerimaku seperti mana dulu.
apa yg aku buat kat tempat yg tak membantu proses penyembuhan aku ni?"
itulah soalan2 yg sering bermain di benak fikiranku saban hari.
di sini aku juga sedar yg ada perubahan sikap yg berlaku ke atas diri aku.
aku tak lagi seyakin dulu.
aku tak lagi sepemaaf dulu.
tiada lagi istilah tolak ansur dlm kehidupanku.
berkawan? maaf aku dtg ke sini bkn utk berkawan tapi utk aku mengubah diri aku menjadi lebih baik.
even aku rasa i've lost my social skill since i got here.
aku taknak semua tu.
aku mahukan diri aku yg dulu.
sekarang aku dah tak mampu lagi nak tersenyum dgn ikhlas.
ketawa? hanya bila aku bersama sahabat2ku aku rasakan diri aku hidup.
bila aku kembali ke sini aku rasa seolah2 kegembiraan aku tglkan di luar pintu rumah ini.
dr seorang manusia yg boleh bercakap tanpa henti...aku di sini jd manusia yg silent mode.
apa yg menyebabkan perubahan ini?
persekitaran aku yg mengubah aku dan aku tak mahu terus-terusan begini.
bkn HIV yg buatkan aku tertekan. aku dah redha dgn kifarah atas khilaf aku selama ini.
malah aku bersedia utk umumkan pada dunia bahawa aku adalah pesakit HIV+.
yg mengubah aku adalah persekitaran aku sekarang.
aku buntu memikirkan jalan keluar dr tekanan hidup aku skng.
hanya pada Dia aku bercerita.
malah sahabat2 aku sendiri tak pernah tahu mslh aku di sini. ada juga aku ceritakan secara ringkas tp terlalu byk yg aku harus telan sendiri.
Thursday, June 4, 2015
My "baby" post....
salam perkenalan....
this will be my first posting in the blog world bout who I am.
this is the only medium that I can share who I am openly.
Unlike other HIV+ patient who wants to hide what they are having....I feel like I want to tell the world that now officially a HIV+ patient. i dun feel ashamed coz I know by declaring myself to the world am not infecting everybody with the virus.
the fact is that most patients (in Malaysia maybe) they prefer to hide who they really are as they are afraid of stigma but for me if u show good attitude....good personality and even have good career sooner or later the stigma bout HIV+ patient or after this I will use PLHIV terms (People Living with HIV) will change.
forget bout how the images of PLHIV shown in movies and drams bcoz we are not like that. we live a normal life juz like healthy people around us.
cukup dulu agaknya setakat ni......
my nex post is bout how i get HIV dan bila aku dpt tahu aku ada HIV......

Subscribe to:
Posts (Atom)