Wednesday, June 10, 2015

Aku Sekarang - Permulaan Pengkisahan Seorang Pesakit HIV/AIDS

assalamu'alaikum wbt

agak lama aku ambil masa utk aku update blog ni.
terlalu byk kekangan terutama sekali dlm penggunaan komputer di mana tempat aku tgl sekarang.
ada juga kekangan halangan dari sahabat2 yg tak mahu aku teruskan usaha aku menulis blog ini kerana menurut meraka akan buka aib diri aku sendiri.
juga kekangan tentang apa yg aku tulis ni mungkin akan buatkan beberapa pihak yg terguris dgn setiap baris tulisan aku di sini.
aku gagahkan juga jari aku utk aku menulis,
bukan kerana aku tak menghormati kekangan yg muncul tetapi hanya ii cara aku dapat melepaskan rasa berat yg aku tanggung sekarang.

sebagai permulaan, aku kenalkan diri aku sebagai Z sahaja. bukan apa..aku dah tak malu utk tidak menggunakan identiti aku cuma aku sgt menghormati pandangan sahabat2 yg tak mahu aku lebih tertekan sekiranya aku kehilangan beberapa kawan dgn status aku sbg pesakit HIV skng ni.

aku berumur 36 tahun dan datang dari keluarga yg sgt complicated ceritanya. aku merupakan anak ke 3 hasil dr hubungan suci ayah dan ibuku. tetapi aku merupakan anak ke6 ibuku yg pernah berkahwih sblm bertemu jodoh dgn ayahku, aku juga merupakan anak ke3 dan lelaki tunggal dr nasab keturunan yahku yg kini dah berkahwin lain dan punya 3 anak gadis bersama isteri barunya. so sng citer....aku ada 9 org adik beradik. 3 dari perkahwinan ibu sblm ini. 3 dr seibu dan sebapa dan juga lagi 3 dr sebapa dan lain ibu,

aku tak mahu citer lanjut pasal tu sb itu akan aku sentuh dlm nex posting aku.
itu semua sejarah yg cuma utk aku kenang tapi bkn utk aku sesali.

balik pada masa sekarang.
aku skrg tinggal di sebuah rumah perlindungan (shelter home) utk pesakit HIV/AIDS.
aku tidak dipaksa atau dihantar ke sini oleh sesiapa sebaliknya aku sendiri yg menghantar diriku ke sini.
aku dapat tahu tentang tempat ini dari sebuah blog.
kenapa aku yg menghantar diriku ke sini?
alasanku mudah.
aku nak perbaiki diri dgn mendekatkan diriku denganNya.

nama rumah perlindungan ini adalah Rumah Perlindungan HIV Muslim Yayasan Al Ijabah yg berlokasi di Kg. Tengah, Puchong, Selangor. diasaskan oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin ( ttp://www.ustazamin.com/) .




sejarahnya agak panjang dan berliku dan itu akan aku ceritakan kemudian juga.

aku daftar masuk ke sini tanggal 5 Disember 2014 selepas berhubung dgn Ustaz Azmi yg merupakan pengurus di sini.


inilah dia bangunan tempat tglku sekarang. 

rumah perlindungan ini dibiayai oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui dana zakat yang ada. juga dgn pembiayaan sendiri pengasas rumah ini juga sumbangan orang ramai. 

pada awalnya aku sgt kekok tgl di sini sbb aku mmg tak pernah tgl di asrama sblm ni. masa belaja di Univ dulu pun asrama aku merupakan rumah flat yg ada 3 bilik. 

mmg sgt susah aku menyesuaikan diri di sini pada awalnya dgn keadaan kesihatan yg buruk semasa itu. aku dimasukkan ke ward Hosp. Putrajaya selama 35 hari (akan aku ceritakan kemudian juga...maaf yerk!)

dlm kesukaran tu aku cuba positifkan diri yg ini adalah yg terbaik utk aku. aku perlu hijrah. aku perlu dekatkan diri dgn Ya Rabb. kembali kepadaNya selepas semua khilaf aku selama ini 

kebykkan penghuni di sini adalah dr golongan penagih dadah. sgt sedikit yg dpt HIV ni dr aktiviti seksual (macam aku...hehehehehehe)

tekanan demi tekanan aku terima bermula dr penerimaan penghuni lain pada aku hinggalah pada pengurusan yg sgt tidak menyukai kehadiran aku di sini smp la kepada kehidupan aku di sini. 

dan detik ini...saat ini.....aku mmg dlm keadaan depression yg amat sgt. 

"aku ada kehidupan yg indah di luar sana.
aku ada sahabat2 yg menerim keadaanku aeadanya tanpa diskriminasi dan stigma. 
aku ada keluarga yg menerimaku seperti mana dulu. 
apa yg aku buat kat tempat yg tak membantu proses penyembuhan aku ni?"

itulah soalan2 yg sering bermain di benak fikiranku saban hari. 
di sini aku juga sedar yg ada perubahan sikap yg berlaku ke atas diri aku. 
aku tak lagi seyakin dulu. 
aku tak lagi sepemaaf dulu.
tiada lagi istilah tolak ansur dlm kehidupanku. 
berkawan? maaf aku dtg ke sini bkn utk berkawan tapi utk aku mengubah diri aku menjadi lebih baik. 
even aku rasa i've lost my social skill since i got here. 

aku taknak semua tu. 
aku mahukan diri aku yg dulu. 

sekarang aku dah tak mampu lagi nak tersenyum dgn ikhlas. 
ketawa? hanya bila aku bersama sahabat2ku aku rasakan diri aku hidup. 
bila aku kembali ke sini aku rasa seolah2 kegembiraan aku tglkan di luar pintu rumah ini.
dr seorang manusia yg boleh bercakap tanpa henti...aku di sini jd manusia yg silent mode. 
apa yg menyebabkan perubahan ini?
persekitaran aku yg mengubah aku dan aku tak mahu terus-terusan begini. 

bkn HIV yg buatkan aku tertekan. aku dah redha dgn kifarah atas khilaf aku selama ini.
malah aku bersedia utk umumkan pada dunia bahawa aku adalah pesakit HIV+. 


yg mengubah aku adalah persekitaran aku sekarang. 
aku buntu memikirkan jalan keluar dr tekanan hidup aku skng. 
hanya pada Dia aku bercerita. 
malah sahabat2 aku sendiri tak pernah tahu mslh aku di sini. ada juga aku ceritakan secara ringkas tp terlalu byk yg aku harus telan sendiri. 




No comments:

Post a Comment