Dah lama aku biar blog aku ni bersawang. Semua sebab aku terleka dengan keseronokan dengan likes dan komen di laman FB sampai sedikit sebanyak aku terlupa yang tujuan aku menulis adalah untuk terapi diri, bukan untuk mendapat sanjungan dan pujian.
Hari ni dah 2 bulan 15 hari aku kembali bekerja macam orang normal. Malah sejak bekerja ni aku buat keputusan untuk tidak lagi aktif di media sosial dalam perancangan aku nak kembali jalani hidup normal tanpa perhatian. Hidup dalam perhatian ni sebenarnya sangat memenatkan. Ada yang suka, ada yang membenci. Jadi langkah terbaik adalah untuk kembali hidup secara normal tanpa sebarang perhatian dari mereka yang menyukai ataupun membenci aku.
2 bulan 15 hari ni, banyak yang berlaku. Peringkat awal bekerja macam-macam dugaan aku kena hadap. Dituduh macam-macam termasuk menggelapkan duit sale hotel. Namun aku bertahan walaupun sangat stressful situasi tu.
Dari gaji pertama cuma RM600 (sbb kerja cuma setengah bulan) akhirnya baji bulan kedua aku dinaikkan sebanyak RM300.00. Aku sendiri terkejut tetapi penilaian majikan adalah aku mampu perforrm dalam membantu perniagaan beliau.
Hidup dengan HIV tak halang aku sikit pun dari buat kerja macam orang lain. Buat kerja reception, buat housekeeping, buat audit setiap malam dan paling membanggakan selama 2 bulan 15 hari ni aku tak pernah MC apatah lagi sakit teruk lagi. Berbanding dengan rakan sekerja yang usia jauh lebih muda dari aku, enah berapa hari dah cuti dengan macam-macam sakit.
Cuma kelmarin aku pergi appointment di HSb utk tahu kondisi terbaru jangkitan aku. Sayangnya dalam tempoh aku depress tahun lepas selama beberapa bulan yang berpunca dari masalah kewangan, result aku mengecewakan. Tak cukup dengan itu, aku baru tahu yang aku didiagnose dengan MDD sejak aku warded tahun 2019 tempoh hari. Jadi drama aku depress tahun lepas adalah relapse dari masalah MDD clinical aku dan itu bagi kesan pada kesihatan aku sekarang walaupun bukan pada kesihatan fizikal.
Minggu depan aku akan ke klinik psy di Hosp Shah Alam untuk sambung rawatan dan terapi untuk masalah depresi aku. Terlalu banyak beban trauma yang aku bawak sebenarnya dan yang pasti HIV bukanlah sebahagian dari masalah hidup aku. Aku dah terima sepenuhnya dan aku kadang rasa macam aku takde masalah HIV pun kecuali setiap hari aku kena makan HAART.
Even aku disahkan ada MDD, tapi aku masih perform dalam kerja aku. Cuma dari segi kehidupan sosial aku mmg aku dah jauhkan diri dari ramai orang dan aku cuma berhubung dengan selected few yang aku masih ada rasa percaya pada mereka.
So skrg, selain dari appointment untuk HIV 2 kali setahun, aku akan perlu hadir ke sessi terapi dengan pakar psy sampai aku mampu tackle masalah MDD aku dan ada kemampuan kawal diri jika ada trigger yang mengganggu. It will not be an easy task but I know I can do it. MDD boleh sembuh sepenuhnya dan itulah sasaran hidup aku sekarang.
Apa coping mechanism aku untuk hadap masalah MDD aku?
Aku sibukkan diri dengan kerja yang ada sekarang. Nak buat simpanan dan sambung plan aku yang tertangguh.
Aku nak jaga circle kecil aku yang tidak toxic dan bermuka-muka. Alhamdulillah circle kecil aku nilah yang banyak bantu aku masa aku depress hari tu.
Aku start menulis balik jurnal hidup aku kat sini. Menulis adalah salah satu terapi jiwa yang sgt berkesan untuk aku. Laman putih bersih inilah zon paling selama utk aku bercerita tanpa "dihakimi" dan "dibenci".
Ada rezeki lebih, aku nak at least sebulan sekali pergi road trip mana-mana untuk aku detox diri dari kesibukan kerja dan kesibukan kehidupan. Sebulan sekali keluar makan-makan dengan bestie aku sambil update perihal diri masing-masing.
Yang penting dalam proses untuk pulihkan diri, aku akan jaga circle aku untuk lebih exclusive dan terhad. Aku memang akan kurangkan media sosial sb itu adalah antara trigger point aku ie aktiviti mengutuk, mengecam, memviral tanpa usp periksa bla bla bla. I Just hate all that. Why can't people just leave other people living their own live instead wanting them to live like them?
Paling penting tahun 2022 ni aku nak selesaikan semua hutang yang aku buat masa aku susah sekejap tahun lepas. Biarlah aku melangkah masuk ke tahun 2023 dan seterusnya tanpa hutang. Tak best hidup dibayangi hutang ni. Memang hidup rasa tak aman.
Erm....cukuplah dulu untuk post kali ini. Aku happy hidup sebagai PLHIV yang ada pekerjaan (majikan tahu status kesihatan aku), aku hidup di luar "zon negativity" komuniti HIV, ada beberapa rakan yang selalu sudi dengar cerita aku. Cukuplah sebagai pelengkap hidup. Dan sasaran baru adalah aku kena keluar dari zon mental illness aku tanpa ubatan dan secepat mungkin. Semoga therapist di Hosp Shah Alam mampu bantu aku kembali sihat secara mental seperti sedia kala.