What A Great Day but....
Kalau korang memang silent reader or memang follow posting aku, hari ni aku ada sessi interview dgn beberapa pelajar MMU Cyberjaya on life as HIV patient.
They were introduced to me by my forever and ever friend, Dato'Amirul Farhan Bazlan.
Perjalanan ke Cyberjaya agak mencabar kalau dari Shah Alam. Dari Uber ke LRT ke KLIA Transit ke Uber kembali sebelum aku sampai ke kampus mereka.
Cuma dalam perjalanan tersebut aku sedikit trigger dengan komen salah seorang kawan fb baru aku yang memanggil aku idola. Anyway thx a mill for looking that high to me but i don't deserve it dude. Lebih ramai lagi manusia di luar sana yang boleh dijadikan idola but not me. Aku cuma manusia biasa yang tidak punya apa kelebihan pun.
Back to the storym the session took like 2 hours to finish. Banyak sekali soalan mereka buat aku kerana menurut mereka aku adalah patient HIV yang pertama mereka kenal.
Persepsi mereka tentang aku sebagai patient juga sangat berbeza sebelum mereka mengenali aku. They imagine that HIV patient will be like very ill looking, kurus, tiada senyuman di wajah dan pasif.
But once i opened my mouth and at the end of the session persepsi itu berubah sama sekali.
Yang agak melucukan adalah sessi tersebut diminta oleh pensyarah mereka diadakan di dalam Bahasa Inggeris dan mereka menyatakan yang aku boleh je berbahasa Melayu dan mereka akan translate it to English later.
Bila diaorg start to ask questions, i answered it in almost fully in English. Then baru diaorg tanya latar belakang pendidikan aku.
Again being me, i'm not comfortable in one way communication. I started to ask few questions just to test their knowledge about HIV and sad to say it is still far below par.
Settle session tu, aku terus gerak ke Shaftburry Square dan jumpa dengan anak saudara aku yang kuliah di LimKokWing University. Last kami jumpa was like 1 year ago. Shu hugged me tightly macam taknak lepas! Dan pasti akan keluar soalan cepumas darinya.
"Asu, bila nak masak your signature Chicken Rice? I really missed your food"
Sedih sebenarnya bila ditanya begitu sebab aku terlalu sibuk membina diri sampaikan aku terlupa ada insan lain yang mengingati aku.
We were talking non stop for hours! Semua cerita keluar and i did asked her bout the moment she visited me kat Hospital Putrajaya.
Dia bagitahu yang dia sendiri tak percaya melihat perubahan aku compare to 3 years ago.
Masa dia visit aku, the moment dia masuk isolation ward aku she cried like am already dead. Jenuh la nak kena pujuk to calm her down. Tapi being budak cengeng in the family she just couldn't stop crying.
Why? Sebab masa tu with my weight around 44kg, i was lying weak on my hospital bed. IV drip attached to both of my hands. Chest tube was attached to my left chest. I was wearing diapers at that time. And CBD tube for my urinal purpose. I was really weak. And she couldn't believe her eyes seeing me like that.
But she said she is really proud of me coz i manage to regain everything since then.
Tak lama lepas tu, my BFF plak datang. Walaupun tak lama sebab dia perlu bekerja tapi cukup untuk buat aku rasa aku sangat beruntung.
Ada beberapa momen yang aku takkan lupa sepanjang hampir 10 tahun bersahabat dengannya.
1) Masa dia first datang melawat aku, ayat yang pertama yang keluar dari mulut longkangnya adalah
"Kenapa ko macam Osman Kering weh?"
"Kenapa ko macam Osman Kering weh?"
2) Aku minta tolong dia carikan aku pencuci muka jenama UberMen sebab aku dah sihat sikit masa tu dan aku nak rapikan diri aku semula. Dia cari kat setiap kedai yang ada di Putrajaya dan Cyberjaya tapi gagal. But he don't give up. HE went further out of the area sampai aku kena call tanya dia kata mana. Katanya dia cari pencuci muka aku. Susah weh nak dapat sahabat mcm tu zaman sekarang ni.
3) Setiap kali BFF aku ni datang melawat, dia akan pastikan dia call aku dulu dan tanya aku nak makan aku. Masa tu sebut je apa aku nak, semua akan terhidang depan mata.
Perjalanan balik pun agak mencabar.
Uber - KLIA Transit - LRT - Uber
*Aku sangat hargai mereka yang masih bersama dengan aku walaupun mereka tahu status kesihatan aku. In fact the relationship never change! Kerana mereka dan semua yang meyokong aku di alam maya inilah aku mampu kembali membina kehidupan. Thanx a million guys!
**One of the MMU student did say that when they spend their time with, they can feel the positive vibes from me and that makes them feel comfortable with me.
No comments:
Post a Comment