Monday, December 11, 2017

Aku, HIV dan Kehidupan : Inilah Pengembaraanku

Peluang Keemasan
Minggu ini masa aku banyak di isi di luar rumah.
Bertemu sahabat-sahabat dan mereka yang menolak aku menjadi seseorang.
Khamis lepas aku berkesempatan bertemu dgn saudara Dziehan Mustapabagi sessi video pendek pendidikan HIV yang bakal digunapakai oleh pasukannya.
Sebagai patient aku berbesar hati dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan tidak lagi menjadi majoriti patient yang masih bersembunyi. Soalan yang diberi agak mencabar bukan dari segi intelektual tetapi mencabar emosi.
5 soalan diutarakan iaitu :
1. Apa yg buat awak berani mengaku openly yg nairul ada hiv.
2. Ada cadangan mcm mana nak reduce stigma to people living with hiv/aids
3. Mcm mana nak dapat support especially if family buang..
4. Apa awak buat untuk fikir positive lepas newly diagnosed.
Setengah org depress or denial. Ada denial sampai tak datang treatment/ default
5. Say something about ubat ARV. Kenapa kena patuh?
Alhamdulillah sessi berjalan lancar cuma lokasi agak menccabar dan gangguan noise pollution.
Semalam aku berkesempatan bersama pasukan Medtweetmy semasa program pelancaran buku Perang Melawan Mitos.
Berpeluang bertemu mereka yang hanya dikenali di alam maya.
Juga bersama dengan beberapa team dari KKM sendiri seperti M3, DON dan juga page Rashid.
Berpeluang bertemu dengan Dr Zek @ Ahmad Zakimi Abdullah, Dr Rafidah, Dr Suhazeli cuma tidak berkesempatan bertemu dengan Dr Kamarul.
Sedikit ralat apabila gagal mengenali sendiri dan berbicara dengan Timbalan Menteri Kesihatan dekkerana permasalahan yang muncul ketika itu. In Shaa Allah jika diberi peluang akan aku bawa suara kami pesakit HIV pada beliau dan mereka yang bertanggungjwab di atas.
Sempat aku bertanyakan akan perihal kesan ubat-ubtan HAART pada buah pinggang seperti yang pernah aku dengar pada Dr RAfidah, pakar dalam bidang tersebut. Sangat melegakan kerana menurut beliau, regim ubat-ubatan sekrang lebih selamat berbanding dengan 15 - 10 tahun lalu.
Di kesempatan bertemu saudara Dziehan juga aku berkesempatan bertanyakan tentang mitos yg bertebaran mengatakan pihak bertanggungjawab gagal membawa masuk ubat-ubat terbaru bagi rawatan penyakit kritikal berkaitan darah seperti HIV dan Hepatitis.
Beliau menerangkan banyak perkara dan antaranya ada wujud beberapa jabatan dalam Jabatan Farmasi KKM dalam membolehkan sesuatu ubat itu di bawa masuk untuk kegunaan awam. banyak faktor yang perlu di ambil kira seperti keberkesanan dalam penggunaan ubat tersebut pada pesakit (bukan hanya seorang tapi analisis dalam faedah secara keseluruhan), kos membawa masuk ubat-ubat tersebut, undang-undang berkaitan ubat-ubat patent dan generik serta beberapa perkara lain.
In Shaa Allah jika aku punya data dan maklumat lengkap akan aku kongsikan juga tentang ubat-ubat HIV yang ada di Malaysia dan juga yang sudah ada di pasaran dunia dengan bantuan dari pihak yang diberikan amanah untuk menguruskan hal tersebut.
Overall minggu ini aku lebih produktif berbanding sebelum ini. Terlalu bayak ilmu yang aku peroleh. Dan aku yakin inilah jalan yang Allah dah pilih untuk aku.
Thx all for the opportunity. Aku sangat menghargai semua bantuan kalian. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.

No comments:

Post a Comment