Depresi Bahagian II
Untuk pengetahuan kalian, setiap tahun aku ada beberapa detik kritikal yang perlu aku lalui. Detik di mana aku kehilangan mereka yang aku sayang. Biasanya dalam fasa ini aku jadi murung, tidak selesa berada di luar dan berada di khalayak ramai. Perubahan mood juga boleh terjadi dengan sangat mendadak.
Jika sebelum ini fasa tersebut hanya ketika tarikh kematian arwah kak long, tarikh kematian arwah mak, detik di mana aku “melamar” F dan tarikh lahir F namun mulai tahun ini aku harus melalui satu lagi detik kritikal apabila F meninggal dunia tahun lalu.
Bebanan depresi aku kali ini agak berat selepas kehilangan pekerjaan aku akhir November lalu. Walaupun begitu semangat aku sedikit berbeza dengan sokongan sahabat-sahabat sepanjang proses kehilangan pekerjaan ini. Mungkin masih terukir senyuman dan komunikasi aku masih diselit lawak dan usikan namun apa yang aku rasai sekarang tidak mampu aku ceritakan kepada sesiapa. Secara ringkas mungkin tapi aku tidak mampu menerangkan kecelaruan perasaan aku sekarang waima pada sahabat baik aku yang sudah 20 tahun aku kenali.
Sedikit throwback tentang F. Seorang gadis yang aku kenali pada tahun 2005. Pertemuan kami tidak konvensional sepertimana pertemuan pasangan lain. Lamaran aku juga untuk dia menjadi teman istimewa aku tidak seperti pasangan lain. Gaduh, baik, bertengakr, mesra, saling membina diri semasa masih bersama itulah kami.
Satu perkara yang membuatkan arwah sentiasa di ingatan aku ada kerana saat aku mengenalinya aku dalam keadaan depresi apabila adik angkat aku yang baru tamat persekolahan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya kira-kira 5 minit dari rumahku. Ralat aku kerana arwah adikku memerlukan bantuan sokongan moral bagi mengatasai masalah dipulaukan oleh rakan-rakan sekampung kerana perbezaan orientasi seksualnya.
Aku hanya mengetahui pemergiannya seminggu selepas itu iaitu pada 30/08/2005 selepas mendapat panggilan dari nombor telefon arwah selepas seminggu menghilangkan diri. Mengejutkan aku suara di hujung talian bukanlah suara manja adikku tetapi suara seorang lelaki dewasa yang memberitahu bahawa anaknya telah meninggal dunia seminggu yang lalu.
Keesokkan harinya aku bergegas ke rumah keluarga arwah dan melihat sendiri keadaan motosikal arwah yang hamper hancur. Pakcik dan makcik menyambutku dengan mesra seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tiada air mata yang mereka sajikan kepadaku. Hanya cerita-cerita indah akan anak kesayangan mereka. Sehingga kini aku masih berhubungan dengan pakcik dan makcik dan kehadiran aku sudah seperti anak mereka sendiri.

Bertemu F seperti rahmat buat diriku. Sikap keanak-anakkannya tetapi terselit kedewasaan membuatkan kami sangat serasi bersama. Pertelingkahan kecil pada aku perkara biasa. Namun arwah F adalah satu-satunya insan yang dapat meredakan baran aku dan merendahkan ego aku.
Hubungan kami tidak kekal lama. Selepas lebih kurang hampir 5 tahun bersama, hubungan itu terputus dek kerana keegoan kedua-dua kami. Sifat keras kepala kami berdua. Aku kembali hilang arah dan bermula dari detik itu aku menjalani kehidupan liar aku yang menjerumus aku kepada siapa aku sekarang. Seorang penghidap HIV+! Aku dimasukkan ke wad hamper seminggu kerana tekanan darah aku naik sangat tinggi. Sepanjang aku di wad, saban malam selepas arwah F tamat bekerja dia akan dating melawatku tetapi aku terlalu ego. Aku tidak sedikit pun memandang ke wajah tulusnya. Tidak ada kata yang keluar dari mulutku. Saban malam juga arwah F hadir dengan membawa makanan kegemaranku dan tidak pernah aku sentuh. Aku terlalu marah pada diri aku sebenarnya. Melepaskan seorang yang ikhlas ingin bersamaku hanya kerana keegoanku.

Biarpun selepas beberapa bulan berpisah, arwah F ada datang kembali kepadaku dan seakan ingin menyambung semula hubungan aku tak mampu melayannya sepertimana dahulu. Pertelingkahan demi pertelingkahan berlaku speanjang tempoh tersebut sehingga arwah F membuat keputusan untuk menjalin hubungan dengan kawan baikku. Dan itulah yang terakhir aku berhubungan dengannya. Its a bitter breakup and it really effect me.
Apabila arwah ibu jatuh sakit, aku membuang ego aku untuk memberitahunya akan keadaan ibu. Biarpun nada suaranya sangat dingin (it’s all my fault!) arwah tetap dating melawat arwah ibu di hospital di waktu aku tiada menjaga arwah ibu. Arwah F sangat manja dengan arwah ibu selepas kehilangan neneknya yang dipanggil mak beberapa tahun sebelum mengenali aku. Keperluan arwah ibu dipenuhi tetapi sering berpesan agar kehadirannya tidak disampaikan kepadaku.
Selepas ibu meninggal dan selepas aku keluar dari zon depresi pemergian arwah ibu, aku bertemu ayahnya di Shah Alam. Without knowing what happened between us, ayah memberikan aku nombor telefon arwah F dan dengan segera aku memberitahunya yang ibu sudah tiada. Perbualan yang tidak sampai seminit itu sangat bermakna buatku. Mendengar suaranya biarpun dingin sahaja tonanya buat aku gembira. Sekurang-kurangnya aku tahu dia sudah punya kehidupan indah dan bahagia.

Bukan mudah untuk aku melepaskan arwah F kerana seluruh ahli keluargaku mengenali arwah. Arwah kak long juga sering bertanya sampai bila aku harus bersendiri sedangkan arwah F mungkin sudah bahagia dengan pasangan pilihannya. Anak-anak saudaralu juga sering bertanyakan tentangnya kerana arwah sangat sukakan kanak-kanak.
Pencarianku tak pernah berhenti. Aku sering berusaha bermacam cara untuk bertemuanya namun Allah tidak pernah memudahkan usahaku. Pernah sekali aku menemui profilnya di LinkED dan aku mendapat ahu arwah bekerja di salah sebuah bank terkemuka di Malaysia. Itulah cita-citanya sejak dulu. Dan semuanya telah arwah capai. Aku sangat takut untuk menghubunginya kerana aku masih tidak lupa betapa dinginnya arwah ketika terakhir aku menghubunginya.
Sahabat baikku berkesempatan berhubung dengan arwah melalui WeChat tetapi menidakkan permintaanku untuk mendapatkan WeChat id arwah.
Tahun lalu, tanggal 22 Disember 2016 seperti biasa aku sedang melayari garis masa Facebook aku untuk melihat dan membaca perkembangan sahabat-sahabatku. Ketika itu aku sedang dalam zon depresi dek kerena kesukaran mendapatkan pekerjaan kerana keadaan fizikal aku yang sangat tidak menentu. Sedang aku membaca, aku terlihat ada posting yang menyatakan kematian seorang insane yang sahabat alam manyku kenali. Melihat pada nama profil FB itu, aku mengetik link tersebut dan terpampang si skrin telefonku wajah F. F telah pergi selamanya kerana jangkitan paru-paru setelah berjuang selama hampir 2 tahun.
Aku mati kata-kata. Hanya air mata yang keluar tanpa sedar. Memori indah dan pahit bersama F seolah-olah ditanya semula di kotak fikiranku. Tanpa suara, air mata laju mengalir. Aku merasakan seolah-olah satu-satunya harapan untuk aku kembali hidup bahagia telah hancur. Sebahagian dari diriku di bawa lagi oleh arwah F selepas arwah adik angkatku, arwah ibu dan arwah kak long pergi. Aku merasakan diri aku kosong. Tiada lagi yang tersisa buatku sekarang.
2 hari lagi cukup setahun arwah F pergi. Dan jujurnya keadaan emosiku adalah sangat tidak stabil sekarang. Ditambah dengan pelbagai permasalahan lain yang terjadi, aku hilang arah sebenarnya. Bezanya aku sudah tiada lagi air mata fizikal. Hanya mampu menangisi semua di dalam hati.
Setiap kali aku berhadapan dengan kematian orang-orang tersayang, sering aku tanyakan Tuhan kenapa mereka yang diambil? Kenapa tidak aku? Aku sedar aku pendosa yang semakin panjang usiaku mungkin lebih banyak dosa akan aku lakukan sedangkan mereka adalah orang baik-baik yang disayangi semua orang. Persoalan itu tak pernah dijawab hinggalah aku didiagnos dengan HIV 3 tahun yang lalu. Allah punya perancangan terbaik buatku melalui penyakit yang diberikan.

Januari 5 adalah ulang tahun pemergian arwah kak long dan Februari 16 pula adalah ulang tahun pemergian arwah ibu. Secara dasarnya 3 bulan ini adalah bulan yang sangat kritikal untuk aku. Aku hanya mampu berdoa agar aku dapat melalui fasa ini sekali lagi dan kembali membina kekuatan dalam diri. Doakan aku yang wahai sahabat!
~sekian~
~cinta mati
~pilih untuk tidak bersama sesiapa
~aku senang sendiri
~tiada lagi air mata
~pilih untuk tidak bersama sesiapa
~aku senang sendiri
~tiada lagi air mata
No comments:
Post a Comment