assalamu'alaikum....
dah lebih setahun blog ni sepi.....
maaf sebab terlalu byk kekangan utk aku mampu mencoret rasa hati aku kat canvas putih suci ni.
kalau ikut perkiraan dah cecah usia setahun 6 bulan aku ada dalam fasa baru hidup aku ni.
hidup sebagai manusia pembawa virus pembunuh dalam diri.
penghidap penyakit yang paling dibenci org dek kerana khilaf yg terjadi yg mengakibatkan aku dpt penyakit ni.
aku tak pernah peduli dgn pandangan manusia terhadapku. semua manusia pasti khilaf. pasti berdosa. bezanya bila dan bagaimana mereka diingatkan Sang Pencipta utk kembali ke jalanNya. dan inilah bahagian aku. HIV jadi "penampar: buat diri aku utk kembali ke realiti kehidupan dan kenapa kita dijadikanNya. utk kkembali ke fitrah asal seorang manusia. bkn lagi melakukan yg bukan fitrah.
sepanjang 18 bulan aku disahkan dgn HIV+ dalam diri, aku redha. penyakitku bukan penghalang utk aku jadi mcm org lain. cuma keputusan aku utk berada bersama dengan rakan senasib adalah salah satu keputusan terburuk aku buat dlm hidup aku. bersama rakan senasib aku lebih merasa diskriminasi. merasa terpinggir dan terasing.
pengalaman tinggal di "rumah perlindungan pesakit HIV" yg berdasarkan nama sepatutnya memberi satu sistem sokongan utk kembali membina keyakinan diri yang semakin menipis. sokongan psikologi yang sangat perlu dalam menghadapi hari mendatang sehinggalah datang hari Sakratul Maut dtg menjemput. sedihnya aku xjumpa apa yg aku cari di situ, perkataan yg takkan aku lupa adalah datang dr mulut insan yg dipanggil USTAZ.
"kau jahat sebab tu kau dpt HIV"
kata2 keramat yg buatkan aku tau yg aku perlu bangkit dr ingatan Allah ini dan menjadi insan yang lebih baik dari pandangan seorang ahli agama. layanan yg diterima oleh "golongan pembantu" ini sangatlah mengecewakan. belum termasuk layanana dr "rakan senasib" yg pada pandangan aku masih lena dengan kehidupan khilaf yang pernah mereka jalani dulu.
basicly, aku bkn org yg sgt sosial. aku sgt memilih utk berkawan dan bersahabat. kalau pun aku terjebak dlm kehidupan yg menjerumuskan aku ke lembah penyakit hina ni (pada pandangan org yg lupa cermin diri) aku bt atas dasar rasa ingin tahu aku yg mmg sgt tinggi. segala khilaf aku buat aku buat sorg2. disebalik kekhilafan tu aku sbnrnya penyendiri. bercakap dg org yg aku nak ckp.
bila duduk di tpt mcm tu, mereka mengharapkan aku jadi mcm diaorg. bercakap tanpa henti esp tentang masa silam dari pagi smp mlm. bercerita akan kehidupan mereka dulu yg "sgt indah". dan bila aku tidak menepati cara mereka, aku dipinggirkan. aku tak kisah kena pinggir tu sbb aku mmg loner pun tapi bila suara2 langau yg mula bercerita mcm2 tentang aku dan bercerita ttg perkara yang aku tak buat, that makes me really pissed off.
lepas selesai regim ubat tuberculosis (tibi) selama 9 bulan (alhamdulillah berenti ubat right on time wpun ada kes yg aku tgk consume regim ubat tu smp hampir 2 tahun) aku merencana menerskan kehidupan aku mcm dulu. kembali gerakkan tulang 4 kerat utk mencari rezki selagi masih bernyawa. malangnya kerana ingin membantu "rakan senasib" yg tak punya tpt tinggal, aku terperangkap di sebuah lagi "rumah perlindungan". dan yg paling menyakitkan hati, lepas dibantu insan tersebut mula menyebarkan berita tak benar ttg diri aku pd owner rumah tersebut. lebih menyakitkan lagi segala cerita diterima sbg fakta bulat2 tanpa dirujuk kembali pada aku utk pengesahan.
aku kembali jd penyendiri dan aku cuma lakukan apa yg perlu dan diperintahkan. sekali lagi sikap penyendiri aku jadi bahan utk org terus pijak kepala aku. alhamdulillah dengan usia hampir mencecah 40 tahun ni aku tak lagi re act pada apapun yg org buat atau katakan. biarlah mereka bergembira dengan apa yg mereka nak lakukan. smp ke detik, aku bantu seorang rakan senasib dpt pekerjaan sbg caregiver dan aku ditohmah mcm2 oleh pemilik rumah tersebut hingga akhirnya aku dihalau dari situ.
itulah detik yg paling mengembirakan aku sebenarnya. aku tak lagi hidup dlm kurungan dan diperhambakan secara dalam diam.
aku mula mendekati manusia2 sihat yg berada di sekelilingku. FYI almost everybody knows my health status including my family, and am blessed to have such great family and sahabat who accepted me well like before. sedikit demi sedikit keyakinan aku kembali. aku mampu ketawa dan tersenyum dr hati.
to all my HIV fellow,
though u think ur life might change after being diagnosed with this killer disease, juz accept that change as u r reborn as new person. leave behind all ur mistakes and alwas strive to be better person day by day. in shaa Allah people around u will accept u well.
keep on moving to achieve whatever dreams u have inside u. coz HIV is not a reason for u not to continue ur life. but u shld work harder to achieve ur derams.
show the world that with "dragon in ur blood" u still can live as normal as u can.
berdiri sama tinggi.
duduk sama rendah
with all the other human being around u.
never ever give up on life.
and once u r ready make known to other people bout ur health status.
u'll be surprised how much support u'll get from them compare to ur fellow HIV patients.
No comments:
Post a Comment